Pertama kita perlu mengetahui pergerakan al-Roh Kedua pergerakan al-Nafs
Ketiga pergerakan al-Hawa
Ketiga-tiga ini akan kombinasi dengan al-Qalbu dalan tujuh warna yang disebut dalam al-quran dan bertindak kepada al-Baithah akan kita mengetahui penyakitnya
ada Yang perlu di Tazkiyah dan ada yang perlu di Tarbiahkan serta ada yang perlu di kapan dan Talkin
Dalam diri manusia ada tempat yang tidak sampai al-Roh yang perlu diketahui oleh mukmin sejati untuk mendekatkan diri dengan Allah Dan dapat menikmati perkara Ghaib dan merasa kebenaran dan kebatilan manusia di atas muka bumi ini
Amalkan Tariqah Nik Syabandiah Mujadid Ahmadiah. Manusia akan tenang dalam kehidupan akan besyukur dengan apa yang dimiliki
Kebanyakan manusia berzikir dan berwirid dengan ayat-ayat Allah atau kalimahnya tidak kena pada sasarannya. kaifiatnya tidak betul, maka kesannya tidak dapat dirasai. Oleh itu, mereka tidak boleh mengenali Allah dan mendapat barakah terhadap apa yang dizikir dan diwiridkan itu.
Jangan kamu berzikir dan berwirid untuk sesuatu hajat dengan Allah. Tetapi hendaklah anda lakukan semua itu atas dasar anda sebagai hamba kepadanya. Lakukan untuk suci jasad, roh, nafs dan Al-Ba'thah diri anda
Jangan biar roh dan nafs anda diganggu oleh makhluk jin. Sila ambil ijazah amalan ayat-ayat Manzil kepada guru yang muktabar
Hubunglah diri anda dengan Rasulullah, abu Bakar, Umar, Othman dan Ali dengan cara menghadiah Al-Fatihah, Surah Ikhlas 3 Kali dan bersama mereka ketika berjalan dan pekerjaan kita seharian
Selamat pagi dan assalamualaikum. Hidup kita ini selalu tertipu oleh manusia dan dunia harian serta diri kita sendiri. Oleh itu kita perlu membaca dan zikir ayat-ayat pilihan melalui ambilan ijazah kepada guru yang muktabar untuk diamalkan.